Monday, March 19, 2012

Benarkah susu selepas bersalin memang takde atau kurang?

Salam sayang untuk semua customer & pembaca MMW. Ira nak berkongsi cerita dari kakak atau mama Ira dalam bisnes Shaklee ni iaitu Kak Nadia. Untuk yang belum tahu, kak nadia ni adalah seorang EXCLUSIVE PUMPING (EP) mom.. wooww sangat hebat tau bergelar EP mom ni. Sebabnya EP mom perlu memastikan susu diperah dan kena burn the midnight oil semata-mata memerah susu untuk anak tersayang. Of course lah, kawan baik yang tak boleh ditinggalkan adalah PAM. Kalau tertinggal pam, alamatnya bermamet sajalah.. Ok lah, jom baca kisah kak nadia di bawah ni. Opsss memang agak panjang mcm karangan sekolah, tapi seronok membacanya.
______________________________________________________________________________

  ..Beberapa hari ini, ummi menerima beberapa call, sms dan email yang bertanyakan perkara yang sama..." Kak Nadia, saya baru sahaja lepas bersalin...masalah saya ialah susu saya tak keluar...boleh akak bantu saya mcmana nak bg susu saya jadi banyak???"...Malahan, persoalan ini juga kerap kali beberapa sahabat ummi ajukan...Benarkah selepas sahaja bersalin, susu yang keluar terlalu sedikit atau tidak keluar langsung???

So, persoalan yang cuba ummi timbulkan di sini...benarkah susu kita yang tidak cukup atau "anggapan kita semata2???"


Ummi masih ingat lagi detik2 indah ummi semasa melahirkan anak sulung ummi, Syasya...semasa itu, ummi tiada pengalaman malahan tiada ilmu langsung tentang breastfeeding...apabila nurse meletakkan anak ummi di sebelah (Rooming)...ummi terpinga2...sudahnya apabila anak ummi menangis, ummi dalam keadaan terkial2 mencari posisi yang betul, cuba menyusukan anak ummi...semasa itu, ummi perasan tiada langsung air susu yang terhasil apatah lagi meleleh2 seperti yang di gambarkan!!!Di tambah pula dengan masalah inverted nipple, memang ummi rasa mcm nak nangis...apa yang ummi buat, hanya suakan jua breast dengan harapan susu akan keluar...tetapi malangnya, anak ummi terus2an menangis dan semasa itu yang tergambar di fikiran ummi cuma satu...Ummi tak ada susu!!!!Ya Allah, semasa itu, tekanan lebih mendalam apabila anak menangis, sudahnya dengan ummi2 sekali menangis...semasa itu, ummi cuba juga pelbagai cara untuk mengatasi masalah inverted nipple sehingga akhirnya ummi pasrah...ummi ambil keputusan menggunakan pam susu yang di sediakan oleh pihak hospital semasa itu (kalau tak salah ummi spectra 7)...Maka bermulalah aktiviti mengepam dengan harapan rangsangan ini membantu penghasilan susu di keluarkan...



Sehari suntuk ummi mengepam tanpa jemu...hingga adakalanya nurse memberikan juga susu hospital apabila tiada langsung susu yang di hasilkan...kecewa???memang ada terselit di hati tetapi apa yang mampu ummi buat...ummi sudah berusaha tetapi masih tidak berjaya...



Menjelang tengah malam, setelah seharian mencuba terus mengepam namun tiada juga susu yang terhasil, ummi mula berputus asa...di tambah dengan keupayaan ummi yang terbatas kerana operation, ummi sgt2 tertekan...mujurlah mak mertua dan mak tiri ummi datang memberikan kata2 sokongan dan membantu melegakan hati ummi yang mula rasa pasrah...



Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa...Tidak sekali2 Dia akan menzalimi hambanya...sebaik sahaja ummi selesai membersihkan diri dan menukar baju bersih pada pagi hari itu (hari ke 3 ummi bersalin)...rakan sebelah katil ummi menegur..."Kak, Susu ke yang basah kat baju akak tu"...Ya Allah...hampir menangis ummi apabila melihat baju ummi mula basah dengan air susu yang mula keluar..tanpa lengah, ummi pam payudara dan hasilnya...1 oz!!!Ummi sangat gembira...tambah2 bila ummi suapkan anak ummi sehingga tertidur...ummi rasa satu kepuasan yang tak terhingga...



So, moral of the story, pastikan kalian susukan anak2 dengan kerap (jangan pam mcm ummi (kalau boleh) sbb stimulate dr baby is much2 better)...kerana penghisapan dari bayi akan mempercepatkan penghasilan air susu. Kebiasaannya pada hari pertama dan hari kedua selepas kelahiran, susu yang di hasilkan sangat sedikit malahan ada sesetengah yang tiada langsung!!!Kerana itu, rangsangan dari hisapan bayi sangat penting bagi memastikan penghasilan susu lebih cepat di hasilkan.Harus di ingat, antara satu ibu dengan satu ibu yang lain tidak akan sama keadaannya...Mungkin ada yang sudah terhasil susu pada hari kedua, atau ketiga tetapi ada juga yang hanya menghasilkan susu hanya pada hari keempat atau kelima...malahan mungkin lebih lama lagi...



Bagi ibu2 baru, mungkin keadaan ini boleh menimbulkan reaksi negatif di tambah dengan kata2 orang sekeliling bahawa susu tiada!!!Apatah lagi proses penyusuan itu masih lagi satu yang baru dan tidak mustahil kalian masih kekok melakukannya...Malahan ada sesetengah ibu yang masih ragu2 dengan  keupayaan mereka menyusukan anak dan merasa terkejut apabila bayi menghisap dengan kuat sehingga menimbulkan ketidak selesaan kepada si ibu...Jangan mengalah dengan keadaan ini kerana 'Practise make perfect"!!!Jangan sekali2 terus berputus asa dan teruskan pemberian susu dengan mengekalkan penghisapan bayi secara berulang2 kali sehingga susu di rangsang keluar seperti mana yang di harapkan...Ingat ye...Hisapan bayi adalah penting di awal2 kelahiran!!!



So, mungkin inilah antara yang sering berlegar dan bermain di fikiran ibu2 muda di luar sana :-

a) Sering terfikir bahawa susu saya tak cukup

b) Tidak mempraktikkan hisapan bayi sebagai stimulate pertama

c) Tidak tahu bahawa yang keluar di awal2 kelahiran hanyanya kolestrum dan bukannya susu yang memancut2

d) Terpengaruh dengan pujukan orang sekeliling bahawa susu kita sikit atau tak cukup

e) Sangat2 stress apabila susu tidak keluar



Oleh itu, positifkan diri kalian...fikirkan yang terbaik buat anak anda...owh ya...sebagai menenangkan hati kalian, meh ummi share berapa jumlah susu yang di perlukan oleh bayi yang baru di lahirkan...Jangan terkejuttt...



Nampak tu???sikitkan...so, tak perlu2 susah2 hati bila tgk susu sikit...Allah cipta sesuatu tu untuk menyenangkan kita bukannya untuk menyusahkan kita...cuba tengok...selalu kita dengar kan ramai ibu2 di luar sana mengeluh...susu saya tak cukup la...anak saya asyik nak minum susu jee...bergayut lama sgt...tp hakikatnya baru ummi sedar mengapa anak ummi habis je 3 @ 4 oz (semasa berumur 1 tahun) dia akan tolak botol susu (pandai..anak ummi) tambah2 dia dah makan bubur nasi...sbb perutnya dah penuh rupanya...dan bayangkan kalau kita beri susu melebihi jumlah di atas....meleleh beb....patutnya keluar balik...(that's why banyak bayi yg kerap muak susu agaknya)


Kelaziman pemikiran kita...bila anak menangis, pasti lah kita akan cakap...oh nak susu ni....lalu kita akan sumbatkan mulutnya dengan susu tanpa kita menyedari bahawa ianya 'menyeksa' perut anak kita...Ada sebab2 lain mengapa anak kita menangis antaranya:

a) sakit perut

b) Hidung tersumbat

c) Nak tidur-ngantuk

d) demam

e) nak manja dengan ibu- nak suruh peluk la

dan banyak sebab2 lain (dah ada buku pun tentang sebab2 anak menangis ni, cuba cari kat kedai buku)...apakah kita tidak peka dengan keadaan anak kita dan mengambil jalan mudah dengan menyumbatkan susu (hingga melimpah!!!) untuk bg anak senyap...masya allah...sgt la silap kannn...so, pastikan benar2 apakah sbb anak menangis dan bukan lah terus sumbat susu ke mulut untuk senyapkan baby...



So, ibu2 muda di luar sana....jangan susah2 hati ye...amalkan sahaja pemakanan seimbang...malahan vitamin2 yang di bekalkan oleh pihak hospital tu, amalkan terus demi memastikan kesihatan kita di tahap optimum...bagi ummi, badan si ibu harus sentiasa cergas dan segar kerana ianya ibarat enjin yang menjadi tonggak penting dalam menjayakan penyusuan ibu itu sendiri...setahu ummi dahulu semasa ummi keluar hospital, ummi dibekalkan dengan multivitamin, ascorbic asid (vitamin c), b compleks dan asid folik...malahan ummi di nasihatkan agar meningkatkan pengambilan protein dan zat besi agar susu yang ummi hasilkan lebih variety (ini nasihat dr doctor bukan pakar supplement ye)...so, alhamdulillah, ummi berjaya menyusukan anak selama 2 tahun penuh dan pengalaman tersebut menjadi pengalaman paling manis sepanjang ummi bergelar seorang ibu...Semoga memberikan semangat dan nafas baru bagi semua ibu2 di luar sana ye..HAPPY BREASTFEEDING DAN TERUSKAN NIAT MURNI KALIAN UNTUK TERUS MENYUSUKAN ANAK SELAMA YANG MUNGKIN...

_______________________________________________________________________________







Bestkan baca kisah kak Nadia? Ira sangat seronok sebab dia berjaya menyusukan anaknya exclusive tanpa susu lain selama 2 tahun. Sgt hebat. Korang nak jadi mcm kak Nadia? InsyaAllah boleh.. do the right things and make things rightly. Kalau berminat dengan Shaklee, boleh hubungi Ira di 019-336 8028 atau emel fazi_ira@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to momsmilkyway
Design by CK Creative Design

Related Posts with Thumbnails