![]() |
| Magika Class 16 November 2014 @ Faizland Seri Kembangan |
Apa pun perniagaan yang kita ceburi, sudah pasti kita mahu ianya sampai ke tahap BERJAYA bukan? Disini Ira nak kongsikan beberapa tips untuk berjaya dalam perniagaan, terutama sekali anda yang menceburkan diri dalam perniagaan internet.
BERMULA DARI BAWAH
Semua orang yang kita lihat berjaya pada hari ini, sebenarnya bermula dari ZERO atau mereka yang menemui KEGAGALAN. Tidak ada orang yang mula berniaga terus berjaya. Ohh mungkin ada, tapi sangat kecil %. Ira sendiri pernah gagal dalam perniagaan MLM sebelum ini tapi ia tidak mematahkan semangat apabia Ira jumpa satu peluang bisnes yang sangat BEST dalam Shaklee.
Dengan bermodalkan RM75, Ira memulakan perniagaan Shaklee sedikit demi sedikit sehingga dapat mencecah 5 angka bulanan. Tapi itu pun selepas mengalami kegagalan berkali-kali. Tapi apa yang penting, kena terima kegagalan dengan hati yang terbuka & jangan sesekali berputus asa.
KENAPA GAGAL?
Kenapa boleh gagal berkali-kali? Ya.. sebenarnya ia adalah kesilapan diri sendiri untuk menimba ILMU. ILMU ini ibarat PEDANG untuk kita berperang. Makin tajam pedang kita, makin mudahlah kita nak menguasai sesuatu. Pedang ini juga perlu sentiasa diasah agar tidak tumpul. Begitu juga dengan ilmu. Perlu dikuasai & digali agar kita sentiasa bersedia. Lebih banyak anda menggali ilmu, hakikatnya semakin banyak anda tidak tahu. Inilah yang membuatkan anda bertambah expert dalam bidang anda. PENTING sekali untuk jadikan MINAT MENCARI ILMU sebagai HABIT.
Bila ilmu dah penuh di dada, janganlah lupa untuk diaplikasi. Memang tak jadilah jawabnya. Ilmu yang kita dapat pun makin lama makin dilupai. Haaa kan dah rugi kat situ.
Perniagaan juga sering mengalami EVOLUSI. Ia sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. Kita tak boleh statik di satu tahap & mengharapkan ia tidak akan berubah. SILAP BESAR! Sebab itulah kalau kita ada ILMU, perniagaan kita akan sentiasa dinamik.
Lagi satu, bila anda GAGAL, JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN. Salahkan diri sendiri. Semakin banyak anda salahkan orang, semakin anda tidak nampak apa kesilapan diri.
SHORTCUT UNTUK BERJAYA
Dalam bisnes Shaklee, dah ada ramai master-master yang dah berjaya. Sudah tentu mereka ada formula tertentu bukan? Apabila berniaga, pastikan anda mempunyai MENTOR. Ya, mentor akan mengelakkan anda melakukan kesilapan & kegagalan yang mereka pernah buat dahulu. Jadi dengan adanya MENTOR, anda ada jalan pintas untuk BERJAYA. Dengan syarat, anda follow semua sistem yang telah diajar.
SUSUR GALUR JUTAWAN SHAKLEE
Saya sangat bertuah berada bersama keluarga JUTAWAN Shaklee di bawah pimpinan Presidential Master Cery. Dialah MENTOR yang banyak sangat membantu saya. Kini, saya nak kongsikan apa yang saya telah pelajari untuk bantu orang lain pula.
SAYA YAKIN SAYA MASTER COORDINATOR MAC 2015!














