Tuesday, March 12, 2013

Healing Crisis Semasa Mengambil Supplement Shaklee


Selalu kita dengar mengenai healing crisis atau krisis penyembuhan apabila makan sesuatu produk kesihatan. Namun adakah kita benar-benar faham apa yang akan dialami oleh tubuh badan dan sanggupkah kita menghadapi krisis penyembuhan tersebut? 

Haaaa.... ramai yang tak tahan dan tak sanggup sebenarnya. Sebaliknya menyalah produk yang diambil kerana memberikan kesan negatif. Ini lebih-lebih lagi bila mak, ayah, atuk atau nenek kita yang kurang faham akan terus blame out produk tersebut.

Kisah ni Ira dah lalui sebab pernah berkongsi kehebatan Shaklee pada nenek yang sakit sendi yang kronik (sampai terpaksa merangkak dan mengengsot). Habis sebotol Ira ada tanya samada mau tambah atau tak? Apa jawabnya? "Tak payah, bukan elok pun". Aduhai rasa sedih sangat, mungkin sebab dia dah terbiasa makan ubat hospital dan kesannya cepat. Tapi makan supplement ni ambil masa dan most of the time memang ada healing crisis terutama sekali orang-orang berumur dan tak pernah ambil supplement.

Oklah, hari ni Ira nak share info mengenai healing crisis. Jemput baca dan sama-sama kita fahamkan.


Q:  Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

a: Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan china, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

  
Q: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A: Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.


Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A: Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku. 


Q: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A: Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.


Q: Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A: Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya. 



Q: Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti: 
  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi


Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan
Penyebab
Sakit kepala yang melampau
Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
Demam, tidak cukup rehat 
Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
Cirit birit ,meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau

Bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar   

Kembung perut       
Sistem penghadaman yang lemah 
Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir 
Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat 
lendir seperti selsema, kahak  
Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin 
Pendarahan Hidung     
Mungkin petanda bagi kekurangan darah 
Rasa sakit pada otot dan sendi  

Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
Sistem saraf yang lemah 
Lapar, Pening       
Tekanan darah rendah, anaemia 
Loya, sembelit, tersedu      
Sistem hadaman yang lemah, masalah hati 
Edema (membengkak)    
Masalah buah pinggang

So macam mana? Harap sesiapa yang membaca info ni bersabar dan teruskan memakan Shaklee. Ira pun dah hampir 3 tahun consume Shaklee. Kalau dulu telan panadol, ponstan, pain killer bila sakit, sekarang ni cari Shaklee aje. Lagipun kebergantungan yang tinggi pada Shaklee boleh menyebabkan buah pinggang rosak pada jangka masa yang panjang dan mungkin terpaksa bergantung pada dialisis. Nauzubillah. Harap Ira sekeluarga dielakkan dari perkara seperti itu.

Oh, ini lagi satu jadual ringkas mengenai healing crisis yang ira extract dari sini.

Hasil penulisan diatas adalah Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Cari yang SEMULAJADI, BERKESAN & SELAMAT.
Tentulah SHAKLEE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to momsmilkyway
Design by CK Creative Design

Related Posts with Thumbnails