Bagi ibu-ibu yang bekerja, 2 minggu selepas melahirkan bayi
adalah waktu terbaik untuk mengumpulkan stok susu sebagai persediaan apabila
mula bekerja nanti. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam
sedikit sahaja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam
setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg).
Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampur
tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam
pada pukul 8 pagi dan 5 ptg boleh dicampur selepas beberapa jam diletakkan
dibahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempat
sejuk beku.
Memerah dengan tangan
Teknik memerah dengan menggunakan tangan merupakan satu
skill yang perlu dipelajari oleh ibu-ibu yang menyusu badan. Kita tak kan dapat
menduga bilakah pam rosak, terlupa nak bawak pam dan sebagainya. Memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran. Berikut adalah
teknik memerah susu dengan tangan atau lebih dikenali sebagai MARMET.
- Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
- Sediakan bekas yang bersih dan steril
- Lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
- Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
- Melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
- Tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu - buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
- Tekan payudara ke belakang ke arah dada
![]() |
| Gambar atas adalah gambar yang betul. Gambar bawah teknik yang salah kerana jari tidak selari/setentang |
9. Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari
telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
![]() |
| Tolak ke arah dada/belakang |
10. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu
menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan
mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan.
![]() |
| Tolak dan golek Push and torque |
10. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak+golek, tolak+golek
sehingga kilang susu kosong.
![]() |
| Ulang disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara rasa kosong |
11. Teruskan memicit sehingga susu keluar
12. Perah ke dalam bekas yang bersih dan steril13. Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
14. Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara- barat laut, barat daya-timur laut)
15. Ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
16. Tukar ke payudara yang satu lagi
17. Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
18. Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
19. Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
JANGAN BUAT PERKARA-PERKARA BERIKUT:
- Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan.
- Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak.
- Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak.
Memerah dengan Menggunakan Pam
- Baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
- Basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- Basuh tangan dengan bersih
- Duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- Rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- Posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- Mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- Boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- Pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- Masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
Panduan-Panduan Lain
- Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
- Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
- Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
- Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
- Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (mimic baby' s suction)
- Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
- Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi.

















