Saturday, July 20, 2013

GLA Complex Shaklee vs EPO

Alhamdulillah hari ke 11 kita berpuasa dan kali ini Ira bersiaran dari Hotel Renaissance Kota Bharu Kelantan. Ikut suami berkursus, jadinya saja-saja nak menyibuk. Cuti-cuti Malaysia. Nak tau tak, rupa-rupanya Shaklee Branch Kota Baharu dekat sangan dengan hotel ni. Boleh pergi hari-hari sepanjang kat sini nampaknya.

Oklah, hari ni Ira nak cerita pasal GLA Complex untuk post kali ni. Ramai yang bertanyakan samada GLA ni sama macam EPO (Evening Primrose Oil) ke? Sudah tentu lah betul, tapi EPO Shaklee ni mempunyai kelebihannya tersendiri berbanding produk lain.

Menurut artikel dalam Utusan Malaysia
Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).
Jadi apakah bezanya GLA dengan produk EPO?

GLA Complex bukan sahaja mengandungi EPO, tetapi juga ditambah nilai dengan:
Kepekatan Borage Seed Oil dalam kandungan GLA adalah tinggi iaitu 17-25%. Ini antara sebab yang menjadikan produk Shaklee berbeza dengan produk EPO yang berada di paaran. Untuk fungsi setiap sumber yang Ira sebut tadi, boleh rujuk gambar di bawah.


Untuk pengetahuan, Gamma-Linoleic Acid juga merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan untuk membentuk prostaglandin. Prostaglandin pula merupakan bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. GLA Complex Shaklee terdiri dari minyak benih matahari yang merupakan sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia juga mengandungi vitamin E yang berfungsi melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel (Ducker Em et al, 1991).

Kebaikan GLA Complex Shaklee
  • Sebab itulah GLA terkenal dengan penggunaannya untuk mengawal atur semula paras hormon yang kucar-kacir dengan menyeimbangkan paras hormon estrogen dan progegstrone. 
  • Mengurangkan sindrom prahaid (PMS) dan sengguut
  • Mengurangkan keradangan atau sengal juga bagus untuk pesakit rheumatoid arthritis
  • Mengurangkan neuropati diabetic iaitu masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes
  • Mendapatkan kulit yang berseri & mengatasi ekzema serta alergi
  • Bermanfaat dalam rawatan prostat dan andropos
  • Untuk wanita menapous & juga selalu moody
  • Membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin hamil
  • Mengecutkan cyst
  • Membantu masalah PCOS
Oklah, setakat itu sharing Ira untuk hari ni. Nak pergi berbuka di PCB ni. Selamat berbuka untuk semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to momsmilkyway
Design by CK Creative Design

Related Posts with Thumbnails