Sebelum masuk bulan puasa lagi, memang ramai ibu menyusukan anak akan rasa sedikit gusar kalau susu tak cukup untuk anak. Masing-masing berhempas pulas nak kumpul stok susu di kala emergency masa bulan puasa nanti.
Pengalaman Ira menyusukan Hadif di bulan Ramadhan adalah masa dia dah berusia setahun. Masa tu Hadif dah makan, memang tak risau sangat pasal susu sikit. Alhamdulillah, perahan susu tak berkurang pun dari bulan sebelumnya. Memang Allah cukupkan.
Kali ni menyusukan Raudhah pulak di bulan Ramadhan tatkala usia dia 3 bulan ++. Ingatkan Ira boleh go thru the situation dengan tenang, yelah dah tak payah nak pergi kerja, boleh direct bf dia sepanjang hari. Tetapi salah! Kali ni lebih mencabar sebab anak masih kecil & Raudhah agak cranky. Anak dara Ira tu susah nak tidur siang, asik meragam/menangis.Plus Ira sorang je yang menguruskan rumah & anak-anak masa suami kerja. Jadinya ada sedikit stress disitu. Tertanya-tanya, adakah umminya kurang produce susu?
Firman Allah Taala:
.. فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ..
" .. Barangsiapa di antara kamu yang sakit atau dalam keadaan musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain ..". Ayat 184, Surah al-Baqarah.
Ayat suci ini menjadi dalil bahawa orang-orang yang ada uzur syar'i diberi "rukhsah" (2) membuka puasa dan diwajibkan mengqadha puasanya apabila mereka pulih semula.
Makna Rukhsah, ertinya satu hukum syarak yang memberi kemudahan atau kelonggaran untuk mengerjakan satu hukum syarak yang berat. Rukhsah ini hanya diberikan kepada orang yang uzur syar'i, seperti musafir, sakit atau sedang menghadapi sesuatu kesukaran yang tak dapat dielakkan.
Perempuan Yang Sedang Hamil Dan Yang Sedang Menyusukan Anaknya
Perempuan yang sedang hamil dan perempuan yang sedang menyusukan anaknya dibolehkan berbuka puasa, jika ia takutkan puasanya itu akan mendatangkan mudarat kepada dirinya. Sesudah itu mereka diwajibkan mengqadhakan puasanya.
Tetapi jika mereka berbuka puasa kerana takutkan puasanya itu akan mendatangkan mudharat kepada anaknya semata-mata, maka mereka diwajibkan mengqadha puasanya dan membayar "fidyah".(1)
Sumber: Jakim
Maka atas dalil di atas Ira ambil rukhsah puasa kali ni untuk menyusukan Raudhah sebab nampak dia tak settle down. Telahan ira rasanya dia tak cukup susu. Jadi ira risau ia memudaratkan Raudhah sebab asik merengek aje. Tapi lepas berbuka pun masih sama cranky nya.. ohh anak.. apa agaknya yang buat kamu gelisah? Ira masih makan set menyusu Shaklee, tapi sebenarnya ada satu perkara yang buat Raudhah meragam. Ira ceritkan dalam next entry.
Ira share tips untuk ibu-ibu menyusu yang berpuasa. Semoga membantu korang yang menyusu badan agar tak give up kalau-kalau ada masalah penyusuan. Ingat there is always ways untuk memperjuangkan penyusuan sehingga 2 tahun. InsyaAllah.
Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan
- Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
- Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
- Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur
- Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
- Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair
- Makan banyak kurma.
- Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
- Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
- Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak. Penyusuan malam merangsang hormon prolaktin yang berperanan menghasilkan lebih banyak susu.
- Pam susu sebelum sahur.
- Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
- Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
- Ambil milk booster jika perlu. Milk booster yang terkenal Alfalfa & ESP Shaklee.
- Elakkan terlalu penat.
- Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
- Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
Runsing susu kurang macam Ira? Boleh dapatkan Set Milk Booster Shaklee dari Ira.
Sila whatsapp untuk respon segera.
Ira
0193368028
COD Bangi













