Osteoarthritis (OA) lutut adalah penyakit haus dan lusuh (wear & tear) yang terjadi beransur-ansur tahun demi tahun akibat pergerakan berulang kali pada sendi disebabkan oleh aktiviti atau keadaan. Selain penuaan, terdapat sebab mengapa anda terdedah kepada risiko tinggi mendapat OA lutut iaitu seperti:
- berat badan berlebihan
- sejarah keluarga yang mempunyai OA lutut
- pekerjaan yang tertentu.
Peringkat OA lutut
OA lutut kebiasaannya terjadi secara perlahan dan lama kelamaan menjadi semakin teruk. jika tidak dirawat. Simptomnya di antara sedehana (mild) kepada sangat teruk (very severe). Secara amnya, terdapat 4 peringat OA lutut berdasarkan penemuan X-ray:
![]() |
| Ouchh sangat sakit kalau tengok gambar pada stage 4 tu! |
Lutut sihat vs Lutut dengan OA
Pada lutut yang sihat, terdapat sedikit kuantiti bendalir pelincir yang dikenali sebagai bendalir sinovia ditemui pada sendi. Sejenis bahan yang dikenali sebagai asid hialuronik juga (hyaluronic acid) dijumpai lebih banyak di dalam bendalir sinovia.
Fungsi utama hialuronik asid adalah untuk menyediakan pelinciran dan mengurangkan geseran semasa sendi lutut bergerak atau membengkok. Ia juga mempunyai keupayaan untuk menyerap hentakan agar sendi terpelihara contohnya apabila anda melompat.
Orang yang mengalami OA lutut, rawan (cartilage) yang memelihara hujung tulang biasanya sedikit demi sedikit akan merosak. OA juga menyebabkan bendalir sinovia menjadi sedikit dan hilang keupayaan menyerap hentakan. Apabila ia terjadi, tulang lutut betemu menyebabkan kesakitan, kebas dan pergerakan sendiri menjadi sukar. Sebab itulah anda yang menderita OA, lututnya selalu sakit, membengkak dan sukar untuk bergerak.
![]() |
| Perbezaan antara lutut normal dan OA |
Akibat OA
- Radang berlaku disebabkan rawan menyusut
- Lutut dan membran sinovium menjadi mampat disebabkan berlakunya pengurangan bendalir sinovia
- Berlakunya pengurangan jumlah asid hialuronik pada sendi lutut dan ia menyusut menjadi agregat yang lebih kecil
Faktor risiko OA
- Umur > 50 tahun
- Obesiti
- Terdapat hablur dalam bendalir sendi atau rawan
- Kecedaraan pada sendi
- Hipermobiliti atau ketidakstabilan sendi
- Tekanan pekerjaan atau sukan yang berpanjangan
- Ubah gaya hidup, lakukan senaman ringan, kawal berat badan dan kurangkan aktiviti yang boleh menekan sendi,
- Pengambilan supplement, seperti glukosamina yang mana ia membantu mengurangkan kesakitan pada lutut.
- Penggunaan ubat tahan sakit sepeti paracetamol atau NSAIDs untuk tahan sakit
- Steroid injection bagi mengurangkan sakit dan bengkak. Walaubagaimanapun, ia boleh mempecatkan rawan menjadi haus.
- Penggunaan krim untuk mengurangkan kesakitan.
- Vscosupplementation: Suntikan pada lutut untuk menggantikan bendalir sendi yang telah rosak.
- Pembedahan, biasanya disarankan oleh doktor sekiranya sakit terlampau dan rawatan lain tidak membantu.
Sekiranya anda ada mengalami OA ni jangan risau, ada cara yang berkesan, selamat & mudah untuk mengurangkan simptom OA. Shaklee ada rangkaian supplement khas untuk penjagaan lutut dan sendi.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ira seperti di bawah.
Fazira Aziz
019.336.8028
COD B.B.Bangi, Kajang, Putrajaya & penghantaran seluruh Malaysia
Free consultation
















1 comment
penerangan yang jelas. Tq mama Raudhah :)