Alhamdulillah syukur pada nikmat dan kesempatan yang Allah berikan pada Ira, suami, anak dan mak mertua kerana telah dijemput menjadi tetamuNya untuk mengerjakan umrah dari 20 April hingga 4 Mei 2013. Memang Ira dan suami pernah berniat, kalau nak pergi oversea biarlah negara pertama yang kami lawati itu adalah Mekah. Perasaan? Sebelum pergi tu bercampur baur, seronok, risau, sibuk menguruskan order Shaklee dan coaching sampaikan Ira demam & cirit birit sehari sebelum berangkat. Namun ira anggap itu semua dugaan Allah untuk Ira, so Ira kuatkan diri gak dan tentu sekali 'berbakul' nutriferon Ira dah telan dan bekalan supplement Shaklee kena cukup sepanjang di sana.
![]() |
| Antara family yang sudi menghantar kami ke KLIA |
Umrah kami adalah dari Pakej Andalusia Travel & Tours yang akan ziarah Muscat, Oman setengah hari barulah ke Arab Saudi. Tapi kan syukur alhamdulillah sepanjang perjalanan 8 jam dari KLIA ke Muscat cirit-birit tu tak la mengganas. Haha..
Tiba di Oman awal pagi, beberapa jam sebelum Subuh, tapi sedikit panas. Malam 33 degree C. Siang boleh cecah 40 degree C. Phew mmg hangat & panas. Sebab tu lah selain nutriferon, bekalan supplement lain yang Ira bawak adalah Performance Drink.
Kesokannya kami ziarah pusing-pusing Muscat. Sekejan sahaja dalam setengah hari je. Tempat yang kami lawati ke Mutrah Souq yang ala-ala Pekan Rabu. Itu je rasanya. Sepatutnya pergi ke Grand Mosque tapi tak sempat. Then lalu je kawasan Muzium dan tempat bersejarah sekitar Muscat.
Muscat ni negara kaya. Sebab 1RO (Riyal Oman) ~ RM8. Wahhh memang kalah dengan US & Europe. Kami tak banyak membeli belah pun. Hanya beli fridge magnet n keychain sahaja. Ok jom layan gambar2 Ira.
| Mutrah Souq |
| Ditepian laut di Muscat. Sangat cantik dan mendamaikan |
![]() |
| Budak botak takde selipar. Hehehe |
![]() |
| Bergambar di Muscat International Airport sebelum berangkat ke Jeddah |
Flight ke Jeddah pukul 4.30 PM waktu Oman. Selepas solat Zuhur dan makan tengah hari kami dah berangkat ke airport. Walaupun rasa seronok first time dapat berjalan di negara orang tapi hati ni rasa berdebar dan risau sebab matlamat utama adalah nak menunaikan umrah. Harap perjalanan ke sana dipermudahkan.
Namun dari Muscat ke Jeddah kami akan berangkat ke Madinah dulu. Waaa lagi la rasa debaran. Lama lagi nak ke Mekah & rasa mcm tak percaya akan ziarah manusia paling hebat yang Allah ciptakan iaitu Rasulullah SAW.
Sebenarnya, Ira period sebelum bertolak. Ada ambil ubat hormon ngan doktor, tapi rasa malas sgt nak telan pil-pil ni. Nanti risau gak sebab in case terlupa mkn ubat mesti period turun. Ira hanya amalkan doa yang ustaz daud pesan untuk lewatkan period. Sebaliknya period datang awal! Ape pun syukir & hepi sgt sbb bila kira-kira tu masa di Mekah mmg dah bersih. Cumanya risau waktu di Madinah je. Risau n rasa rugi if tak dapat ziarah, pergi Raudhah.
Apa bekalan Shaklee yang Ira bawak ye? Ni sebahagiannya.
1. Performance drink - pergi negara cuaca sedikit panas (ira pun lama tak berjemur, dok opis je hehe). So sangat-sangat la membantu badan ira kekal hydrated (hidrasi). Tak de la cepat penat. Pergi travel secara automatik water intake mcm terganggu sket dan menyebabkan kulit muka kering. Tapi bila ambil PD ni takde dah kulit menggelupas. Weeee best sgt.
2. Nutriferon - Bantu tambah imunisasi badanku, husband, mil dan anak.
3. Cinch energy tea mix - Memberikan tenaga segara pada Ira. Zassss terus rasa mcm superwoman. Hikss
![]() |
| Antara supplement yang Ira bawa utk ke Mekah |
Part 2 akan disambung lagi ye. Kali ni mengenai Madinah al - Munawarah pulak.

















2 comments
alhamdulillah..best kan muda2 dah sampai ke sana..nanti kak ira cerita la pengalaman bawak bersama hadif..manala tau nnti ada rezeki kami pulak p sana..risau jgak dgn hero yg super duper aktif ni..hehe
Hrp sy pun diberi peluang kesana. )