![]() |
| Masa tunggu check point di Airport Jeddah |
Lepas check point Immigresen, kami di datangi 2 lelaki Arab. Memang petugas Andalusia ada pesan, pihak Muasasah akan standby di sana dan akan mintak passport. So just serahkan pada mereka untuk disimpan. Mule tu ada la insiden tak percaya, yelah, nak bagi passport kat orang yang kita tak kenal. Tapi mujur masa tu Mutawif kami memang ada disitu. Dialah yang bagi guide. Ishh kalo tak boleh gadoh kot.
Kemudian kami naik bas, berkenalan dengan Mutawif kami > Ustaz Anas Abdullah dan half way perjalanan berhenti untuk makan nasi & minum kopi. Sejuk sangat masa turun bas ambil nasi. Hadif? Dia sangat behave & tido all the way. Maybe kepenatan. Tapi kan rasa sebak di jiwa sebab Hadif kecik2 dah mengharungi perjalanan ke bumi Anbia' dan dia nampak sgt kuat. Sobs sobs semoga Hadif dapat jadi anak yang soleh.
Sepanjang perjalanan air mata ni murah je mengalir mengigatkan Rasulullah SAW dan perjalanan dakwahnya. Ira yang serba serbi lengkap kemudahan pun rasa letih sangat, inikan masa zaman Baginda. Sampai di hotel dalam pukul 1-2 pagi. Siap2 kan brg dan diri untuk solat subuh yang masuk waktu pukul 4.30am. Jarak waktu Malaysia dan Saudi Arabia 5 jam. So tak la terasa jetlag sgt.
Day 1
Ziarah dalam Masjid Nabawi iaitu melawat makam Rasullullah saw dan sahabat2 baginda Saidina Umar bin Khattab dan Saidina Abu Bakar As Siddiq serta melawat Raudhah. Saya masih lagi period masa tu, so mak mertua dan suami saja yang pergi. So ira hanya duduk di hotel layan anak. Walau dalam perasaan tu rasa agak cemburu tapi tak mengapa. Allah ada plan yang terbaik utk kita.
![]() |
| Gambaran Makam Nabi & Para sahabat |
![]() |
| Raudhah - kawasan karpet hijau |
Day 2
- Ziarah luar iaitu pergi menunaikan solat di Masjdi Quba. Pahala solat disini menyamai pahala menunaikan ibadah umrah. Untungnya org yang dapat solat di sini. Ira? Masih dalam hadas. Sedeyyyy tapi senyum & positifkan diri.
- Selepas tu kami melawat ladang kurma. Kami tak beli ape pun kat ladang kurma ni sebab kawan ada pesan harganya bit mahal. So just tengok2 and makan kurma yang diorang bagi free test tu je la. Sepatutnya lepas ke ladang kurma, kami akan pergi ke pasar kurma which is lebih murah compare di ladang tu. Tapi guess what? Tak sempat nak pergi situ pun sebab dah nak masuk waktu zuhur. Tak de rezeki nak membeli-belah la nampaknya disitu.
![]() |
| Pahala menunaikan solat sini menyamai pahala Umrah |
![]() |
| Me & husband |
![]() |
| Ladang Kurma |
![]() |
| Beberapa minit nak masuk waktu Zuhur. Ni pintu utama Masjid Nabawi. Di sini memang sgt hebat, semua org berpusu-pusu ke Masjid. Lain benar keadaan dengan Malaysia. |
Day 3
- Sepatutnya jemaah umrah ira ada ceramah persediaan untuk ke Mekah esoknya tapi Ira dan mak mertua ambil peluang ni join group jemaah lain untuk buat ziarah dalam. Mana boleh lepaskan peluang. Perasaan dapat masuk Raudhah - sebak tak terkata. Ada satu perasaan yang sukar sgt nak diungkapkan. Alhamdulillah ira dapat berpeluang solat & berdoa dengan tenang walaupun keadaan agak sesak masa tu. Ustzah Hamidah pesan, doalah sebanyak yang mungkin sebab Raudhah adalah tempat yang mustajab doa dan pada hari akhirat kelak Allah akan angkat balik Raudhah ke syurga. Syukur alhamdulillah, dapat sampaikan salam pada Rasulullah dan para sahabatnya. Dalam doa tak henti2 mohon Allah berikan Ira, keluarga dan rakan2 agar mendapat syafaat Nabi Muhammad saw kelak bila mana harta, pangkat tidak dapat lagi membantu kita di akhirat kelak.
- Pesan kawan Ira- Ina Achik yang dah pergi sebelum ni untuk baca surah An-Nisa' ayat 64 bila nak memasuki Masjid Nabawi.
Day 4
- Maksudnya: "Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (An-Nisaa' 4:64)
- Jangan lupa tips ni tau dan penerangan oleh Ustaz Don boleh korang dengar disini.
Last day at Madinah. Sebelum meninggalkan Madinah kami buat Ziarah Wida' (selamat tinggal). Sedih, sayu dan menitis air mata. Masa di sini Ira banyakkan berdoa agar dapat menjadi penziarah Makam Rasulullah sekali lagi. InsyaAllah.
![]() |
| Payung2 cantik Masjid Nabawi |
![]() |
| Depan hotel Mubarak Silver - memang best shopping sini. |
Seterusnya kami berangkat ke Mekah dalam pukul 2.30 pm dengan siap berpakaian ihram dan akan bermiqat ni Masjid Bir Ali. Perjalanan ke Mekah lebih kurang 6 jam. Masa ni kena hati2 dan alert dengan 13 pantang larang ihram.
Tips
- Cuaca di Madinah dingin so selalulah pakai moisturizerserta lip balm dan minum air yang cukup. Kulit memang akan cepat kering dan menggelupas.
- Camur minuman korang dengan Performance Drink untuk badan kekal dehydrated. My experience lepas ambil Performance drink ni, barulah tak menggelupas dengan teruk walaupun kurang minum air (sebab tempat baru kot so asik lupe nak minum air hihi). Nak lagi kalau jemaah haji sebab masa tu memang panas. Performance drink adalah wajib jemaah kena bawa ok!
Untuk dapatkan PD ni boleh calling-calling Ira. Next akan disambung dalam Part 3.
Love,
Perunding Vitamin Anda
Ira (868600)









.jpg)












