Friday, June 7, 2013

Cara tambah darah (hemoglobin) ibu mengandung

Apa pengalaman paras hemoglobin (hb) korang semasa mengandung? Di awal kehamilan, paras hb ira sangat cantik iaitu bacaan 14. Masa tu rasa lega & agak bangga sebab berjaya mendapat bacaan yang tinggi. Haha lucu. Kebetulan sebelum hamil memang ira mengamalkan gaya hidup yang sihat – pergi gym, makan makanan bernutrisi.

Tapi bila masuk trimester kedua paras hb slowly menurun sampai la bacaannya jatuh kepada 9. Masa tu rasa  sedih, risau sebab kekurangan hemoglobin dalam darah semasa mengandung adalah petanda tidak baik untuk ibu dan bayi. Tambahan pula, masa tu selera makan tak menentu dan sedikit sebanyak menjejaskan keperluan nutrisi yang diperlukan.

Sebenarnya paras hemoglobin yang rendah semasa kehamilan boleh menyebabkan berlakunya anemia. Dan tahukah korang bahawa secara purata hampir 80% wanita yang sedang hamil akan mengalami masalah ini dan secara umum orang yang kurang hb dipanggil Anemia. 

Tahukah korang kenapa hb boleh rendah semasa hamil walaupun awal kehamilan bacaan sangat cantik?
  • Peningkatan dalam isipadu darah  
  •   Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah 
  •   Penurunan kadar hemoglobin normal. 
  •   Punca anemia selama kehamilan juga boleh meliputi:
  •   Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet 
  • Kekurangan asid folat
  •  pendarahan gastrointestinan
  •  Kehilangan darah dari pendarahan buasir 
Pesakit anemia ini biasanya kekurangan zat besi di dalam badan. Namun begitu, sekiranya jumlah zat besi dan asid folic mencukupi, ada kemungkinan korang boleh menjadi anemic kerana perubahan besar proses pencernaan semasa kehamilan.

Risiko anemia semasa kehamilan akan menjadi lebih besar sekiranya:
  •  Jika mempunyai morning sickness teruk dengan muntah yang kerap
  • Jika mempunyai dua atau lebih berturut-turut kehamilan
  • Jika mempunyai kehamilan berganda
  • Jika aliran haid sebelum kehamilan itu berat 
Keadaan ini menyebabkan ibu hamil memerlukan 18-27 gram zat besi setiap hari. Malah jika tidak menerima cukup vitamin B12 atau asid folik, kehilangan sejumlah besar darah, atau beberapa penyakit darah warisan seperti sickle cell disease juga boleh menyebabkan anemia semasa kehamilan.

Apakah simptom kekurangan zat besi?
  •   Keletihan yang berlebihan
  •  Jika keadaan menjadi parah, boleh menyebabkan pengsan, pening, kulit pucat, degupan jantung cepat atau tidak teratur, dan sesak nafas.
Jadi bagaimana cara untuk menambah hemoglobin (hb) semasa hamil?

Sekiranya punca anemia adalah kerana kandungan zat besi tidak cukup, maka keadaan ini dirawat dengan tablet atau pil zat besi. Pengambilannya perlu bersama makanan untuk mengelakkan mual. Dalam rangkaian produk Shaklee, vitamin yang dapat membantu untuk meningkatkan paras hb adalah Vitalea withiron formula iaitu formulasi zat besi dalam multivitamin. Tapi harus diingat, elakkan pengambilan zat besi/vitalea bersama susu atau produk tenusu kerana ia mengurangkan keberkesanan serapan zat besi dalam badan.

Terdapat 2 jenis anemia iaitu:
  •   Anemia ringan (Hb 9-11gm%)
    • Digalakkan makan seperti biasa dan menambah vitamin b complex yang mengandungi folic acid dan Vitamin B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin
    • Sebab itu digalakkan ibu hamil mengambil set hamil yang lengkap terdiri dari Vitalea dan B complex bagi pembentukan sempurna hemoglobin
  •  Anemia teruk (<8gm%)
    • Ibu hamil mungkin akan diberi oleh doktor suntikan zat besi (Imferon) atau membuat pemindahan darah
    • Juga digalakkan makan seperti biasa dan menambah vitamin b complex yang mengandungi folic acid dan Vitamin B12 untuk menambah kepekatan haemoglobin
Itu dari segi pemakanan supplement. Bagaimana pula cara menambah hemoglobin (hb) ibu mengandung melalui pemakanan? Apakah makanan yang dapat membantu meningkatkan Hb?
  • Makanan yang kaya zat besi, seperti daging lembu, roti gandum dan bijirin, telur dan buah-buahan kering. 
  • Makan makanan yang tinggi asid folic seperti bibit gandum, kacang-kacangan, mentega kacang, oatmeal, cendawan, sawi, brokoli dan asparagus.
  • Makan juga makanan yang tingg vitamin C, seperti buah-buahan citrus seperti oren, sayur-sayuran mentah makanan.
NOTA PENTING: Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih cekap.

Set lengkap hamil Shaklee

Kita dah lihat bagaimana pentingnya bacaan hemoglobin yang tinggi semasa hamil, simptom dan cara untuk mengatasinya. Tahu taka apa terjadi sekiranya paras hb kekal rendah sehingga kelahiran?
Kesan kepada ibu:
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  •   Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada bayi dalam kandungan:
Sebab itulah dalam set hamil Shaklee, kombinasi Vitalea, B complex, Vitamin C adalah sangat penting bagi menjamin kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan dengan baik. Ditambah dengan ESP dan Ostematrix, ibu merasa lebih bertenaga, tidak letih dan tidak mengalami sakit badan atau risiko osteoporosis untuk jangka masa panjang.

Jom kita tengok testimonial ibu hamil yang berjaya menambah hb selepas mengambil set shaklee.


Testimonial lain boleh dicari di sini juga.

InsyaAllah kita ikhtiar dengan Shaklee. Korang boleh klik link di bawah untuk terus membeli dari Shaklee Malaysia.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=2be5f9c2e3620eb73c2972d7552b6cb5

TIPS: Set yang dicadangkan di dalam sistem di atas adalah set 'Set Ibu Hamil'. Sistem automatik tick pada semua item. Untick pada mana-mana item yang tidak diperlukan.
Semoga hasilnya menggembirakan anda & suami.


Love,
Perunding Vitamin Shaklee Anda
019 - 336 8028
irazira.aziz@gmail.com

3 comments

August 6, 2013 at 11:49 AM

salam...
sis sye mngalami darah hb yang rendah macam mane boleh sye dpt set shaklee ni??

Anonymous
May 29, 2015 at 5:04 PM

salam. nak tnye. sy preg 24 weeks dah skrg. sblm ni hb 10.9. doc bg zincofer mkn utk sebulan
sy ade beli set preggy shaklee. lepas abis mkn zincofer sempat
3 kali je shaklee tu. pegi kk cek hb 10.3.doc pn bg lg zincofer.
boleh ke sy nk amik skali jgk dgn shaklee? or patot stop zincofer n amek shaklee?

June 10, 2015 at 4:41 PM

Entry yang penuh dengan informasi.. Terima kasih :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to momsmilkyway
Design by CK Creative Design

Related Posts with Thumbnails