Tuesday, January 7, 2014

Hadif's Tadika ABC Orientation Day

Newsfeed di FB banyak bercerita pasal perihal sekolah anak2. Masuk sekolah rendah mahupun tadika. Untuk tahun 2014 ni, kami sekeluarga dah mula duduk di rumah sendiri di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. So Hadif (opss abang Hadif laa) tak lagi tinggal dengan Tok Tok dia kat Bandar Tun Razak. Kenalah bangun pagi, mandi awal ye Hadif. No more Ipad all the time. Definitely new environment for him.

Tadika Hadif ni pun Ummie cari last minute. Takde nak survey2 tadika lain pun (just survey kat internet). Tadika ABC namanya. Ceria gitu. Kaler hijau pucuk pisang & pink! Cerita pasal yuran anak masuk tadika ni, macam nak masuk U! Register almost RM1200 & full day package RM350. Tapi memang standard rate area Lembah Klang kan. Dari masuk day care tak de syllabus tetap, baiklah masuk Tadika kan. Ada aktiviti, tak boring, banyak frens, belajar untuk independent sekali. Apa pun harap Hadif enjoy kat situ dengan teacher2 & frens ya.

Alkisah pasal orientation Tadika ABC ni bermula pada 1 Jan 2014. Kejap je dari pukul 9.00 - 11.30 am. Untuk bagi anak2 biasakan diri di tadika bersama parents. Masa hari tu, ada Yaya The Clown datang untuk hiburkan hati anak2 kecil ni. Utk 4 tahun ada buat aktiviti bersama parents. Cer tengok muka Hadif kat bawah tu. Senyummmmmm manissss je. Hepi. Sbb ummie & abah ada sama. Petang tu terus cakap nak pergi skool lagi. Wahhh semangat gitu. 





Abah Hadif definitely happy & lega tahun ni. Yelah all these while, bila cuti dia yang akan jaga Abang Hadif. Sejak hadif 3 bulan sampai la hujung tahun ni. More 'me' time & adalah project tu. Thanks hubby jaga anak kita masa cuti. Sebab tu Hadif rapat dengan abah. Sayang abah dia. Perangai pun sama. Hiks. 

Cabaran untuk ummie pulak, bangun lebih awal dari biasa dah hantar Hadif awal pagi ke Tadika. (Harap dia ok). Plus ummie kena travel almost 60km/ day  with perut boyot ni. Hari2 ummie buat affirmation "Tiada yang lebih indah melainkan rumah sendiri". Hahaha. Supaya ummie terus bersemangat teruskan kerja sebelum bersalin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to momsmilkyway
Design by CK Creative Design

Related Posts with Thumbnails