Tuesday, January 7, 2014

Solat Malam, Solat Tahajjud : Kelebihan, Cara menunaikannya

Solat malam. Memang jarang sungguh Ira buat solat malam ni. Ada pun masa di SAMURA sebab nak SPM. Pastu tak de langsung amalkan. Kalau bangun untuk solat ni rasa susaahhh sangat kan? Padahal kalau stay-up sampai awal pagi takde apa pun. Boleh je mata tu tahan.



“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)

Jujurnya ira baru cuba (yes mula2 cuba dulu) solat tahajjud lebih kurang setahun setengah yang lepas. Masa tu baru nak berjinak dengan Shaklee. Mentor Ira bgtau salah satu untuk jemput rezeki dengan mudah adalah solat tahajjud. Ehh betul ke? (Ade pulak tanya macam tu? Err iman tak berapa mantap sebennarnya :p) So, bermula dengan cuba-cuba bila amalkan tiap2 minggu Ira mula rasa perubahan. Bukan dari segi rezekinya saja, rasa tenang, rasa aman damai. Benarlah kata Ustaz Pahrol Juoi,

SOLAT MALAM merupakan santapan rohani yang paling besar untuk diri kita

Santapan macam mana? Ira ada satu cerita hari ni. Ira bangun agak awal 4am dan alhamdulillah dapat buat solat tahjjaud pagi tadi. Kalau tidur balik sure terbabas kan? So buat la apa yang patut supaya tidak lagi mengantuk. Tapi on the way kerja mengantuk gila2. Memang ada terlelap beberapa kali. Uish bahaya ok. Dah la dengan condition mengandung & sedang adopt diri travel 60km/day. Terpaksa cover sikit tido di opis. Tapi hari ni rasa tenang aje ok. Takde serabut-serabut. Itulah yang jiwa kita telah santap pagi tadi. Ok, that's my analogy. Mungkin orang lain ada analogy tersendiri.

Dalam banyak2 rujukan untuk solat tahajjud Ira paling suka ambil doa-doa dari Shafiqolbu. Mudah, tak complicated. Ok, ira share kan di sini sebagai rujukan semua.

Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Tujuan Solat Tahajjud

  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.



Cara Mendirikan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)


1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :


Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

2.  Niat Solat Tahajjud:


(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

a) Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
    Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau;

b) Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
    Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

Atau;

c) 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)


4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:


5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:



6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~


Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 
KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

  1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  2. Doa dimakbulkan Allah.
  3. Memperolehi ketenangan jiwa.
  4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
  9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.


Memudahkan Bangun Solat Malam

  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.


Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to momsmilkyway
Design by CK Creative Design

Related Posts with Thumbnails