Semasa Ira sedang mendalami ilmu mengenai Amani Birth (AB), satu Malaysia masa itu dikejutkan dengan kisah ibu yang memilih untuk home birth dan telah meninggal dunia. terus jadi satu kecaman hebat terutama para-para doktor dan masyarakat umum. Orang sekeliling ingat Amani Birth = Home Birth. Which is salah konsep sama sekali. Alhamdulillah, walaupun kisah sedih tu menyebabkan ramai orang membuat tanggapan yang negatif, tapi, husband Ira bagi sokongan 100%. He said, keep it simple, if you really want it, just go for it.
Terdetik hati
Hati ni terdetik nak belajar mengenai AB bila my ex coursemate ~ Julie Jamaludin bagitau yang her 3rd birth was a home birth & it is her VBA2C (Vaginal Birth After 2 C-sect). Boleh baca kisah Julie kat sini. Masa tula Ira rasa excited sangat nak tahu, kenapa Julie pilih Home Birth, memang boleh normal ke lepas 2 kali c-sect? Yelah, selama ni kita tau 2nd c-sect is always a c-sect. Rasa macam mustahil sangat. Macam2 Ira tanya julie & ira sangat kagum dengan semangat dia. Sebab dia sangat nekad & firm dengan decision dia.
My 1st AB class with Yat Amani Doula
I was on my 30th weeks bila decide nak pergi kelas dengan Yat. I taught it was a formal class. Silap. Kelas sangat cozy, banyak bertukar pendapat & tanya dengan Yat. my 1st day i was a bit blur what AB is all about. Until I balik, read up more on AB from the books, barulah faham konsepnya. AB ni adalah mengenai kefahaman mengenai fisiologi wanita yang dijadikan oleh Allah untuk melahirkan tanpa sebarang ubat, dadah, tools, etc. Segalanya bergantung kepada ALLAH SWT, letakkan sepenuh harapan padaNya. Subhanallah. Memang betul-betul membuka mata. Selama ni, memang la kita solat, doa pada Allah kan. Tapi dalam kita tak sedar, banyak perkara yang kita letakkan pada Doktor untuk decide tanpa dengar kata hati & bahasa tubuh kita. Ops bukan nak condemn doktor ye. (Memang sesetengah kes kita letakkan kepercayaan pada kepakaran doktor, tapi pada Allah tempat kita memohon pertolongan). Yat ada bagi Ira pinjam satu buku yang sangat-sangat bagus untuk di baca oleh semua orang yang sedang mengandung. Buku tu tajuknya Persalinan Maryam tulisan Ibu Mugi Rahayu seorang bidan di Indonesia. Buku tu banyak mengupas beberapa ayat dalam Surah Mariam dalam al-Quran. Kenapa Maryam makan kurma? Kenapa bersandar pada pokok tamar? Kalau di Indonesia, home birth atau amani birth ni sangat diterima oleh masyaakat di sana compare dengan negara kita ni.
Amani Birth
Selain kebergantungan pada Allah semasa mengandung dan melahirkan, ada banyak lagi perkara penting yang AB terapkan. Soal pemilihan makanan yang mana digalakkan ibu mengandung ambil protein (ESP) yang secukupnya, Vitamin C, makanan lain yang berkhasiat. Kalau dah masuk 30 minggu, amalkan minum Raspberry Tea Leaves (RTL) berfungsi sebagai uterine toner dan juga VCO untuk melicinkan peluncuran semasa baby keluar (hihi it really works!) dan tak lupa juga air zam-zam dan kurma.
Teknik pernafasan yang diajar pun just breath in breath out. Well Ira takde pun practice, tapi bila dah start rasa contraction tu dah tau nak apply macam mana. To be honest, masa 1st baby Ira tak gali betul2 ilmu persalinan ni. Kali ni mcm beranak anak no. 1 plak rasanya. Hihihi
Change care provider @ 36 weeks
Sejak dari awal lagi Ira dah decide nak bersalin kat 1 hospital islam swasta di Bangi. Anak 1st pun bersalin kat situ. Masa 5 bulan check-up kat situ, Ira tanya opinion OBGYN pasal natural birth. Mule2 dia ok. Tapi bila semakin hampir nak bersalin & Ira pun dah pergi kelas AB nganYat, again I ask her.
"What do you think of giving birth in squatting position?"
"Sebenarnya it is more organised for me & the midwife if u lay down. Go to hell kalau u tengok dekat you tube mat salleh beranak berdiri tu"
Ira senyap n senyum je la. Tapi tau dah doktor ni mmg tak support punye, in fact i dah print my birth plan, ingat nk diskas la.. nampaknya simpan je la. next appointment is @36 wks
Dalam hati ni risau je sebenarnya, kat mana la aku nak bersalin ni? Kat rumah ke? kalau hospital, kat mana pula? Untill i bumped into a birth story kat hypnobirthing malaysia. This brave mom tengah sakit contraction, had some argument dengan doktor dia sbb dia tak setuju untuk induce. Selamba je dia kata "Kalau doktor tak terima decision saya, saya bersalin hospital lain". Akhirnya dia bersalin kat Tropicana Medical Centre dengan Dr. Noor Fidak. Dr. Fidak tu sangat cool boleh accept orang yang nak bersalin sangat dengan dia.
Yes, akhirnya Ira set appointment dengan Dr. Noor Fidak kat TMC. My 1st impression is, Dr. Fidak sangat baik, boleh bawak berbincang mcm kawan2. Macam mak-mak dia ni. Ira selesa dengan dia.
False alarm
Seminggu sebelum Ira bersalin, I had false alarm. Punyalah panik sebab 1st time rasa contraction tu. Masa hadif dlu ira inducekan.. so terus rasa contraction yg kuat & non stop tu. Contraction was 3 mins apart. Bergegas ke TMC, tapi terasa nak makan sebelum sampai hospital. Dalam sakit2 tu boleh lagi fikir nak makan.. hihi. Sebaik saja jejak kaki kat A&W tepi TMC tu, contraction hilang. Hahaha lawak2. Terus Dr bagi MC seminggu soh rehat.
This is it!
Habis MC, naik semula kerja. Supposed i had appointment petang, tapi datang pagi pulak. Baru duduk nak tunggu giliran, contraction dah start semula. Contraction manja-manja gitu. Bagitau nurse & i did CTG. Pas Dr. Fidak examine, contraction tak kuat lagi. Maybe 1-2 hari boleh bersalin. Dr wat VE i was 3cm dilated but still ketat katanya. Tapi contraction still going on & bertambah kuat. Ira drive balik ke opis dengan contraction yg semakin kerap dan kuat. Dr damansara ke Jalan Tun Razak. Mujur traffic ok. Masa tu dah apply breathing technique.. fuh fuh fuh.
Sampai kat opis, Ira makan dlu. Yelah risau false alarm lagi. Tapi masa tengah makan tu masih sakit lagi. This is it! Masanya dah tiba.. nak mintak tlg sapa ni? Opis mate tak balik lagi dari inspection, husband ira pulak kat offshore esok baru nak balik. Pastu ada blood show. Ohh memang la dah nak bersalin sangat ni. Kat surau plak dah tertonggeng-tonggeng menahan sakit.
Betul lah planning Allah tu yang terbaik untuk Ira. Decision tukar hospital memang tepat. Dr. Fidak ni juga visiting dr untuk Pusrawi. Kawan-kawan yang nak hantar Ira ke hospital bagitau memang tak sempat nak ke TMC bila tengok condition Ira. Plus, dah 3.30pm waktu tu. Time heavy traffic & diorang pun nak balik rumah lagi kan.. So, decided ke Pusrawi even tak pernah buat check up kat situ. Mujurlah diorang tak reject.
Alhamdulillah mudah bersalin
Ira check-in labour room (LR) waktu asar. Nurse buat CTG, tapi graph tak cantik. So dia soh Ira rehat dulu. Masa tu memang dah kuat sangat contraction. Waktu tu boleh bersujud je (atas katil) . sembam muke kat bantal. Every time dtg surge, rasa habis tenaga. Rasa tak larat sangat.. Then suddenly Ira rasa bersemangat. Ikut fasa bersalin yang Ira belajar dalam AB, fasa tu dipanggil Transition. Masa itu ibu boleh rasa semangat tiba atau rasa down. Terus ira bangkit dari katil, makan kurma & air zam-zam. Pastu mencangkung, berjalan. Masa mencangkung tu rasa mcm ada benda nak keluar sangat dah. Naik balik atas katil & menonggeng. Ingatkan boleh tahan lagi, tapi dah rasa mcm nak berak sgt2. Tekan bell panggil nurse, terkejut practical nurse tengok ira menoggeng. Hahaha..
Practical nurse td dtg dengan midwife yang lain.. diorang buat VE baru 6cm. Maybe d all expect lama lagi. Soon after diorang keluar bilik, Ira tekan bell lagi. Bagitau dah nak keluar sgt2 ni. Baru kelam kabut diorang. nurse ada bagi etonox tapi masa tu dah tak jalan dah. Sekali tengok memang dah crowning. Datang surge yang kuat, splashhhh air ketuban pecah. Ada terdengar nurse cakap SROM (spontaneous rupture of membranes). Selama ni baca je kisah orang.. kali ni happened to myself plak. Ira noticed, masa ni pernafasan dah tak tentu arah. Dah lupa take deep breath. Panik kot! 2 kali surge lepas SROM, akhirnya keluarlah baby comelku. That time, ira terpush sbb nurse suruh push. Langsung dah hilang apa yang belajar hari tu. Haha. I had SVD + 1st degree tear. Baby 2.495kg je pun tapi still koyak. Tula.. sapa soh push kan..
Just few mins before maghrib Raudhah Ayesha lahir ke dunia pada 13 Mac 2014. 6 hari selepas birthday abah dia. Alhamdulillah. Husband kol pun terkejut sebab cepat & mudah bersalin kali ni. Rasa sangat hebat dapat bersalin secara alami tau. Tanpa bantuan dadah, ubat, tak pecahkan air ketuban.
Ilmu AB yang sangat berguna
Haha setiap orang lain birth story dia kan? Ada yang nak ceaser je takut sakit bersalin, ada yang teringin sangat nak bersalin normal lepas ceaser, so do I. Ira rasa berbaloi sangat ilmu yang ira kutip, tanya, belajar esp. dari Yat & kawan2 lain. Berbaloi pergi kelas Yat. Ilmu persalinan yang Ira akan ajar pada adik & anak2 Ira nanti. Bagaimana kebergantungan kita pada Allah dalam apa jua keadaan. Pada sapa yang mengecam AB ni, bukaklah hati korang. Dalami ilmu AB dengan sedalamnya. Bukan menolak kepakaran doktor or whatsoever, tapi ilmu AB ni kalaulah di pelajari semua orang, insyaAllah apa jua keadaan pun (e.g. ambulance/doktor tak sampai lagi ke). Wallahualam. Just my 2 cent.
Thanks pada kawan2 opis yang hantar Ira ke Pusrawi (As, Kak Annis) & kwn2 lain. Tak lupa jasa korang.
![]() |
| Raudhah Ayesha binti Mohd Hafiz |















