
Adat Melayu turun-termurun menitikberatkan amalan berpantang
demi mengembalikan tenaga dan kesihatan dalaman ibu bersalin. Selain
berbengkung, mengurut, bertangas dan bertungku, amalan berpantang Melayu
dikatakan tidak lengkap tanpa pengambilan jamu.
Malahan, sekiranya anak mendapat penyakit kuning atau
jaundis, pengambilan herba/jamu hendaklah dihentikan serta-merta sehinggalah
penyakit kuning beransur pulih. Ia dikhuatiri menganggu proses pemulihan.
Justeru, supplement yang terbaik untuk ibu berpantang yang
boleh dijadikan alternatif kepada jamu mestilah mengandungi vitamin dan mineral
penting yang diperlukan oleh ibu dan juga bayi seperti:
1. Multivitamin
Lengkap dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral yang
diperlukan oleh tubuh ibu yang sukar diperolehi melalui pemakanan kerana
pantang makan. Pilih yang mengandungi zat besi kerana zat besi diperlukan oleh
tubuh untuk menghasilkan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah
semasa proses bersalin.
2. B-complex
Badan memerlukan Vitamin B untuk menukarkan makanan kepada
tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan
susu ibu. Vitamin B juga membantu meredakan stress, mengelakkan kemurungan
(meroyan) dan menstabilkan hormon.
3. Vitamin C
Diperlukan untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan
penyembuhan luka bersalin, dan membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.
4. Zink
Diperlukan dalam proses penyembuhan luka bersalin terutama
luka dalaman (rahim) dan membantu mengatasi masalah ‘kedinginan’. Sebab itulah
ibu bersalin digalakkan makan ikan haruan atau pati ikan haruan kerana
kandungan zink yang tinggi di dalamnya. Tetapi selain harga yang mahal, tidak
mungkin anda boleh mengamalkannya setiap hari. Jadi tidak salah untuk mengambil
supplement zink sebagai gantinya.
5. Kalsium
Selain diperlukan untuk penghasilan susu, kalsium juga boleh
menghilangkan sengal-sengal badan yang biasa dihadapi selepas bersalin. Kalsium
juga penting untuk pembentukan sel darah merah yang banyak hilang semasa proses
bersalin. Jadi jika anda tidak minum susu atau tidak boleh minum
sekurang-kurangnya 500ml sehari, tidak salah untuk anda mengambil supplement
kalsium.
Mungkin ramai ibu yang ragu-ragu dengan keberkesanan
supplement kerana sinomin dengan pengambilan jamu semasa berpantang. Tapi
fikirkanlah analogi ini. Orang Melayu makan nasi sebagai sumber tenaga tetapi
masyarakat Barat mengambil roti dan pasta. Persamaannya, baik nasi mahupun roti
dan pasta, di dalamnya ada karbohidrat sebagai sumber tenaga.
Jadi, khasiat jamu berpunca dari vitamin dan mineral yang
terkandung di dalam setiap herba yang digunakan. Berbezakah jika kita mengambil
supplement yang membekalkan vitamin dan mineral yang sama?
Shaklee menawarkan alternatif bagi ibu-ibu yang mencari makanan tambahan semasa berpantang, namun amalan-amalan berpantang seperti bertungku, memakai bengkung, berurut haruslah diteruskan seperti biasa bagi mengembalikan badan yang segar dan kembali ramping untuk memikat suami.
sumber utama: lifefit.my














