Pengambilan vitamin dalam pantang adalah suatu kemestian
bagi ibu-ibu hari ini. Tempoh berpantang 44 hari terasa sangat lama bagi
ibu-ibu yang baru melahirkan kerana pada waktu itu kita masih dalam kesakitan
kesan luka jahitan, badan yang sangat lemah akibat kehilangan darah semasa
proses kelahiran, emosi yang tidak stabil ditambah pula dengan ragam bayi yang
lazimnya kerap menangis dan tidak mahu tidur malam, sememangnya amat
memenatkan.
Stress atau meroyan yang dikait rapat dengan ibu berpantang
bukanlah mitos tapi memang benar-benar wujud. Justeru, para ibu haruslah
menyiapkan diri dari aspek fizikal mahupun mental untuk menangani keadaan
tersebut dan salah satu caranya ialah dengan pengambilan vitamin sebagai
persediaan sebelum menyambut cahaya mata permata hati kita.
Jom tengok Set Bersalin Shaklee yang terdiri daripada:
- Vitamin B Complex Dengan Asid Folik
- Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi
- Vitamin C
- Zink
Apakah kepentingan mengambil vitamin-vitamin ini?
1) Vitamin B Complex Dengan Asid Folik
1) Vitamin B Complex Dengan Asid Folik
B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress
atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan
pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang
kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan
kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk
kecantikkan, sesuai dengan namanya 'B' for Beauty.
2) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi
Sangat penting untuk diambil oleh ibu berpantang kerana
Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh
tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan
semasa berpantang (pantang makan). Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh
untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa
proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat,
letih dan tidak bermaya.
3) Vitamin C
Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik
pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem
pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah kita
memakan buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting
dalam kecantikkan kulit.
4) Zink
Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka
dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Agak sukar untuk
memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
Justeru, pengambilan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu
berpantang. Zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin,
dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan
optimum.
Jom baca apa kata seorang ibu yang telah mengamalkan set
bersalin Shaklee ini.

Sekiranya berminat nak mencuba set berpantang Shaklee boleh hubungi Ira.
SMS/Whatsapp: 019 - 336 8028
emel: irazira.aziz@gmail.com












