Thursday, November 15, 2012

Status HALAL Shaklee

Apakah definisi HALAL?

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.

Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
  • bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
  • tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
  • tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan
  • tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.
Logo Halal

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:

  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
 Sumber: Halal Jakim

Halal bukan sahaja perlu jelas dalam produk makanan, malahan apa-apa barangan yang kita gunakan seperti kosmetik, pakaian (e.g. kasut) dan juga perkhidmatan mcm insurans, perbankan, perniagaan dan lain-lain. Dalam kes pemberian status HALAL, pihak JAKIM akan memberikan status tersebut sekiranya pengusaha makanan/produk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 

Jadi bagaimana dengan produk Shaklee? Adakah ia halal? Takde pun logo HALAL Jakim kat botol-botol Shaklee? 

Memang mencemaskan bukan? Cuba tengok kat botol vitamin Shaklee tu dengan teliti dan perhatikan di mana ia diperbuat (manufactured)? Kat mana? Yes, Shaklee di perbuat di sebuah kilang di Carlifornia, USA.

Sebenarnya, produk Shaklee telah mendapat HALAL Certificate oleh satu badan halal di USA iaitu Islamic Services of America (ISA). Memanglah Shaklee tak menggunakan logo HALAL JAKIM, namun kalau kita bertanya dengan pihak JAKIM, mereka juga mengiktiraf Badan Islam Antarbangsa di beberapa buah negara di dunia termasuklah ISA ni. Ok, saya dah memudahkan anda untuk semak dengan membuat screen shot di website JAKIM di bawah ni.




"Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru. Berikut merupakan senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara" - JAKIM
Di bawah ni pula adalah Sijil HALAL dari ISA untuk semua produk Shaklee.


 Diharapkan penjelasan ini sangat jelas dan tiada perasaan was-was nak menggunakan produk Shaklee ye. Saya tidak akan memakan serta menjual produk yang ragu-ragu status halalnya. Bukankah mencari halal itu suatu fardu setiap umat Islam? Malahan dalam al-Quran dan hadis pun banyak sebut tentang pemakan yang Halal ni. Antaranya :

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
(Surah Al-Baqarah : 168)
Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Sekiranya terdapat keraguan lagi mengenai hal ini, boleh berhubung dengan Ira,  pihak JAKIM atau Shaklee sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to momsmilkyway
Design by CK Creative Design

Related Posts with Thumbnails