Thursday, November 20, 2014

12 CARA MENJEMPUT REZEKI DENGAN MUDAH.

Apabila menceburkan diri dengan Shaklee, Ira baru sedar betapa rezeki itu tidak perlu dicari-cari. Rezeki adalah ketentuan dan rahsia dari Allah. Maka Dia jugalah yang menetapkan ALAMAT REZEKI bagi seseorang. Rezeki itu sebenarnya lebih mudah dijemput tetapi ada caranya.

Inilah yang membuatkan Ira semakin sayang dengan keluarga besar Shaklee. Tak pernah melupakan setiap orang untuk menyerahkan pergantungan kepada Allah.

Sekiranya anda pun ada menceburkan diri dalam perniagaan, apa kata anda luangkan masa untuk membaca 12 CARA MENJEMPUT REZEKI DENGAN MUDAH.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah. Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH. Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa. Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki. 

Formula yang saya dapat.

1. Networking pertama adalah DHUHA
Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya. Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT 

2. Solat Sunat Tahajjud. 
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya. 

3.Membaca Al-Quran. 
Apa yang di cerita, bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu. Mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini, Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA". 

4. Berzikir.
Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari. 

5. Solat Berjemaah. 
Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih. 

6. Bersilaturrahim.
Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang. 

7. Bersedekah. 
Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh Pn.areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali. Contoh yang dia beri semalam, jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini. Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah. 

Testimoni beliau tentang sedekah. Seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000. Testimoni beliau lagi, seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation kawan dia pergi bayar 'INSURANS'. Bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita, iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH.

8. Solatlah di awal waktu. 
Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak?? Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. 
Jangan mengharapkan manusia di luar sana. 

10. Tawakal dan Usaha. 
Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi On.rina kata tawakal dulu baru usaha minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha. 

4 amalan surah setiap hari. 
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu 
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha 
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar 
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur 

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.

Semoga mendapat manfaat dari ilmu yang dikongsikan.
Sekiranya anda tergerak hati mahu menceburkan diri dalam perniagaan Shaklee, boleh hubungi Ira seperti di bawah.

2 comments

Anonymous
November 21, 2014 at 5:14 PM

Nampak promising perniagaan Shaklee ni.

November 22, 2014 at 10:17 AM

Yes.. sistem shaklee adil. anda buat anda dapat.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to momsmilkyway
Design by CK Creative Design

Related Posts with Thumbnails