![]() |
| Pembuluh darah yang sihat vs tersumbat |
Menurut Cikgu Fitness Malaysia iaitu abang Kevin Zahri yang kacak,
Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.
Jadi, bukanlah semua kolestrol itu tak baik & memberi kesan negatif kepada kesihatan. Kolestrol pun mempunyai peranan tersendiri dalam fungsi tubuh kita tetapi mestilah pada kadar yang rendah.
![]() |
| Peranan kolestrol baik & kolestrol jahat |
Makanan yang mengandungi kolestrol
Makanan berasaskan sumber tumbuh-tumbuhan dan haiwan mengandungi kolestrol. Namun kandungan kolestrol dalam tumbuh-tumbuhan lebih rendah. Contoh makanan dari haiwan adalah keju, kuning telur, daging, ayam, dan udang.
Namun pengambilan makanan berlemak seperti lemak tepu dan lemak trans
merupakan punca utama peningkatan jumlah kolesterol di dalam badan
berbanding pengambilan makanan sumber kolesterol ini. Lemak tepu dan lemak trans terdapat banyak dalam fast food & processed food.
Sekiranya jumlah kolesterol yang diambil dalam makanan seharian tinggi dan berlebihan, sistem kardiovaskular badan anda dalam bahaya! Info dalam blog abang Kevin lagi.
Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya. Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah. Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.
Jadi tidak hairanlah kalau orang yang mempunyai kolestrol tinggi kebanyakkannya mendapat penyakit jantung.
Bagaimana Pembentukan Plak Ini Menyebabkan Bahaya?
![]() |
| Plak terbentuk dalam arteri |
Pembentukan plak boleh menyebabkan seseorang berisiko menghidapi serangan jantung, strok dan juga artherosclerosis.
Serangan jantung
Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok.
Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.
Artherosclerosis
Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.
Sumber dari sini.
We are what we eat. Pernah dengar kan ungkapan itu? Kalau kita makan makanan yang berkhasiat, sesuai dengan keperluan kalori tubuh, hasilnya boleh nampak pada kulit, bentuk badan. Jadi untuk turunkan tahap kolestrol anda perlu UBAH corak pemakanan harian. Pilih makanan yang rendah kolestrol dan kurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari.
Terdapat juga makanan yang membantu merendahkan tahap kolestrol salah satunya OAT. Oat mampu menyerap kolestrol dan disingkirkan melalui perkumuhan.
Makanan yang kaya dengan Omega 3 juga membantu ikhtiar anda untuk menurunkan paras kolestrol terutama sekali LDL.















