23 November 2014
Ini hari yang Ira tunggu-tunggu. Excited nak tengok Hadif perform. Hampir 2 minggu ambil dari sekolah Hadif akan menyanyi "ewa bule ewa bule". Pandai deh Hadif kecek Klate.
Tadika ni mempunyai 2 cawangan iaitu di Seksyen 7 dan Seksyen 15. Manakala HQ di Seksyen 8, B.B.Bangi. Maka agak Grand lah sambutannya.
Penuh satu auditorium sampaikan tak cukup tempat. Hihi mana taknya, ade atok nenek yang bagi sokongan kat cucu/cicit.
Anak-anak yang perform semuanya comel-comel belaka. Terhibur sangat. Hadif pun nampak bersemangat. Bila ummi tanya seronok tak? Penat tak? Dia senyum dan kata tak penat pun. First time kan.. mesti excited macam ummi gak.
Bila borak-borak dengan ibu-ibu disitu, mereka mula hantar anak dari 4 tahun. Nampak perkembangan anak-anak mereka makin bagus. Yang ini memang ira pun akui.
Tahun 2015 Ira masih daftarkan Hadif di tadika yang sama. Sepanjang setahun (2014) Hadif disana:
• dah boleh speaking English dengan baik
• dah tak pakai pampers weee tq teacher
• pandai berdikari mandi dan pakai baju sendiri
• baca ikut silabus buku e-xtra
• pandai berkawan
• banyak mulut suka bercerita
• pandai baca doa dan hafaz ayat hafazan versi pelat
• tahu ambil wuduk & solat
Tahun depan ummi harap Hadif boleh lancar Iqra, boleh mula puasa, hafaz surah yassin. Semoga Hadif jadi anak yang soleh , bijak & berilmu.
Kalau ada parents tengah survey tadika, i would recommend Tadika ABC :)
















